"Dah pukul berapi ni? Bas belum sampai-sampai lagi! Aku dah lambat!"
Penantian memang suatu penyiksaan. Mereka menantikan bas yang masih belum muncul.
Kisah bagimana lima manusia dari berlainan latarbelakang ditemukan di sebuah tempat perhentian bas. Mereka mula menyedari bahawa pengalaman hidup mereka ada kaitannya sesama mereka. Tanpa mereka ketahui juga, pertemuan mereka juga merupakan yang terakhir yang akan berkesudahan dengana trajedi. Mampukah mereka mengubah hidup mereka dan mengelakkan dari tragedi itu berlaku? Siapakah sebnarnya yang menyebabkan pertelingkahan di antara mereka? Jawapannya terletak pada diri mereka sendiri.
Arahan/Karya: Muhammad Affan bin Mohd Noor
Lakonan oleh: Eddy Norisman, Ibrahim Sawifi, Mohd Fared Jainal, Mohammad Shahril Abdul Wahid, Shireen Rasid
(Source: Teater Ekamatra Programme)
