Sekumpulan rakan berjaya membina sebuah kapal selam yang dapat menampung kehidupan mereka selama-lamanya. Kerana mereka semua adalah rakan karib, mereka percaya antara satu sama lain dalam membahagikan tugas-tugas. Ada seorang nakhoda dan anak-anak kapal yang mempunyai tugas-tugas tertentu. Mereka harus bekerjasama agar kapal ilu sentiasa
berfungsi dan tidak karam.
Suatu ketika, mereka dapati diri mereka sudah semakin tua dan tidak larat untuk meneruskan
tugas-tugas harian mereka. Nakhoda membawa masuk penduduk dari sebuah negara untuk
bertugas di dalam kapal selam itu. Pekerja baru ini lebih bertenaga, lebih kuat dan mempunyai cara hidup yang berbeza. Ruang kapal selam semakin sempit. Anak-anak kapal asal hanya boleh menurut keadaan kerana mereka sudah tua. Ada yang memberontak tetapi hanya dengan suara kerana tubuh sudah tidak terdaya. “Asal kapal-selam kita tidak karam!" kata nakhoda.
Apa yang akan berlaku dengan kapal-selam itu dan anak-anak kapalnya?
APA DAPAT DIPELAJARI DARI PEMENTASAN INI?
Bekerjasama dan memahami orang lain. Menerima bahawa tidak ada di dunia ini yang kekal.